Press

السلام عليكم and Hello! Thanks for viewing my blog! do follow okay? THANKS :)

fo

fo

Mengapa Doa Tidak Dimakbul :')

Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah: -Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT. -Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu. -Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram. -Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar. Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”: 1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya. 2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya. 3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. 4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya. 5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. 6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. 7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya. 8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya. 9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri. 10.Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Bon Voyage, Sista.


Its already been an hour :3 I miss her. Yo, kakak aku dah terbang. Harap2 ko selamat sampe airport, sampe KL, sampe rumah. Boring lah aku kau sekda :’( Siapa dengan aku jalan kelak? Dengan aku karaoke. Dengan aku tetak. Dengan aku bising2. Dengan aku kelayi. Hmmmm. Baruk ajak sebulan sehari kau sitok dah terbang balit ke KL  dah balit seminggu before Raya. Ya sik best! First day puasa pun kau sekda. UH. Pi nevermind, aku tauk kau busy bah dengan kerja kau maok bukak tadika. Maok anta proposal lagik, taklimat gik, kursus gik. Harap2 kau dapatlah  Amin Insya’Allah. Nama tadika pun kau dah pilih kan, LITTLE ABQARI. Abqari means a lot to me. Maybe nya maok aku focus study lok kali. Mun kau sekda konfem aku malas nak belaja. Haha. Sekda kau, sekdalah tab. Sekda tab, sekdalah instagram  kbye. Sebulan gik. Sabar mey saba. Gumpol duit meli henpon. Mintak2 bisnes ku bagus lah. Ecece.
Daisypath Happy Birthday tickers