Press

السلام عليكم and Hello! Thanks for viewing my blog! do follow okay? THANKS :)

fo

fo

Remaja 14 tahun dakwa sembelit, rupanya…

MIRI — Sepasang suami isteri tidak menyangka, anaknya yang sering mengadu sakit sembelit rupa-rupanya sedang mengandung tujuh bulan.
Perkara itu terbongkar apabila gadis berusia 14 tahun yang sering mengadu sakit sembelit dibawa oleh ibu bapanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di sini hari ini.
Setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan gadis berkenaan telah mengandung selama tujuh bulan.
Terkejut dengan berita itu, ibu bapa naik berang kepada anak mereka dan bertindak membuat laporan polis mendakwa anaknya adalah mangsa rogol.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan di balai polis Miri pada jam 5 petang tadi.
“Kita telah menangkap seorang suspek lelaki berhubung kes ini untuk membantu siasatan,” jelasnya yang engggan mengulas lanjut penangkapan suspek.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara 30 tahun atau sebatan atau kedua-duanya sekali.

♥jumaat .

cam beysa ,aku mbak hp . p xkantoi .haha . paloi . apa ku mk cta oh? OHH ! mekorg mnang koir ! yeah2 . lak ku upload vdeo ya , haha . ;D
Daisypath Happy Birthday tickers