Press

السلام عليكم and Hello! Thanks for viewing my blog! do follow okay? THANKS :)

fo

fo

8 sebab kenapa Perempuan bertudung lebih Bagus ;)







1) Tuntutan agama
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
- Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?

3) Lebih pintar dan tenang
- Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
- Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
- Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

Mengenali status seseorang dari Facebook- copy from Aliff Cullen :)






1. Kaki update
Orang jenis macam nih kat mana-mana je akan selalu update status. Status selalunya tidak terlalu panjang tapi kerana terlalu sering membuat rakan facebook lain terasa rimas jugak kerana hal-hal yang tidak penting di-post. Contoh: " Tengah korek-korek bontot, korek-korek shiooom~ "



2. Melankolik
Biasanya selalu meluahkan perasaan di status. Tujuannya? Mungkin kerana ingin diberi banyak komen dari teman-temannya atau hanya ingin sekadar meluahkan rasa isi hatinya di facebook. Biasanya orang jenis ini menceritakan kisahnya dan kadang-kadang bertanya mengenai diri dan lebih kepada bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi daripada orang lain.

3. Tukang mengeluh
Dari pagi siang, petang, malam, subuh, dan bersambung esok harinya mengeluh. Peliknya, ada je bahan-bahan yang nak jadi keluhan. Eh? Korang jangan lak nak mengeluh lepas baca nih! haha. Kalau korang mengeluh, korang le tu kan?

4. Sombong
Biasanya suka menunjuk-nunjuk. Mungkin mereka tidak berniat sama sekali untuk menyombongkan diri, tetapi orang yang melihat selalunya merasakan dia nih sombong, bajet dan sebagainya...

5. Puitis
Orang jenis ini suka update status dengan kata-kata mutiara. Jadi, setiap kali update status selalu saja mengeluarkan kata-kata mutiaranya. Kadang-kadang sampai tak paham ape yang die tulis atau maksudkan. Nak buat kita terharu? Atau nak kita tahu perasaan di sebalik puitisnya kata yang bermetafora? Atau sekadar memancing perhatian? Atau... ah! banyak sangatlah persoalan...

6. In English
Jenis " In English " nih termasuk dalam kategori manusia apa saja, melankolik, puitis, sombong dan sebagainya. Dari pandangan sisi rakan facebook. ( Mentaliti Melayu selalu macam nih la; bukan nak kutuk bangsa sendiri ) Tapi selalunya jenis ini akan mengutarakan dengan yang lebih bergaya iaitu dengan bahasa Inggeris. ( Aku pulak terasa lepas tulis yang nih, macam aku lah... hahaha ) Sampaikan kene ejek terus.

7. Lettew
Hahaha, Aliff Cullen tak tau macam mana nak definikasikan type orang jenis nih. Letak " Lettew " je lah. Lettew adalah bahasa yang selalu digunakan di twitter bermaksud " Awak lettew... - LAH TU " Selalu status update dengan bahasa yang sukar difahami dengan ejaan kejap besar, kejap kecik... kejap besar... kejap kecik... Paham-paham je lah.

8. Obsesi
Selalunya manusia jenis nih kuat berangan dan hidup dalam imigasi tersendiri... bergantung kepada obsesi di penulis status update.. dan kerap kali dicontohkan kepada profil FAKE. contoh: " Tengah dating dengan Lisa Surihani - At, Kebun pisang tok mudim.

9. Serba tahu
Insani jenis nih, semua dia nak tau.... dari rambut atas sampai kuku hujung kaki... padahal, satu mende dia tak tahu..... Just cakap je.... Contoh; tgk bola..... " Ramli pemain jersi 19, Man.Utd berpindah ke Kelab Malam. " Padahal PROPA je.. Lagi nak lebih2, tak tahu diam2 la... jangan buat tau2 je...

10. Kaki Wayang
Selalu update status mengenai filem yang baru habis ditonton... Kalau tgk 10 movies, 10 movies la status berderet hari tuh jugak.
Contoh: " Alamak! Toyol.... best. Hantu toyol die pakai pampers and hisap tetek bukan jari kaki "

11. Sales
Takde update pasal lain, semua pasal barang-barang yang dijual secara online dalam facebook. Jual kerepek pisang dalam talian. Untung maaaa~

12. Kemasyarakatan
Selalu update status mengenai kemasyarakatan. Contoh : Jom ramai2 datang ke stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan robot Real Steel!

13. L33t
Leet atau eleet atau leetspeak atau 1337 atau l33t dan juga dieja 31337 atau 3l33t Juga dikenali sebagai bahasa hacker. Selanjutnya korang cari sendiri kalau nak tau sejarah leet. Manusia jenis ini ada beberapa versi, dari tulisannya yang aneh, atau tulisannya biasa saja, bahasa alien atau memang tak paham langsung!
contoh:
L33t 1 : "@£@h@¡ x2... p€n¡n9 §¡07 k€p@£@ @kµ 7€n90k @w€k §€k§¡ n¡h"
L33t 2 : "aLaHa| x2..... P3n|nG s|0t k3paLa aKu tGk aWeK S3k$i n|h "
L33t 3 : "4£4h41... p3n1n9 $107 |{3p4£4 4|{µ 73n90|{ 4w3|{ $3|{$1 n1h

( Ingat comel ke tulisan serupa l33t nih? )

14. Hidden Message
Orang jenis nih, menyembunyikan mesej sebenar dalam mesej status. Kebanyakkannya perempuan.
Contoh : "For you my A**FF C*LL*N, I can' t live without you..i miss you... you are my blah blah blah..",
(Padahal orang tersebut tidak ada dalam jaringannya.. hahaha. saje tulis. SMS je terus kat die la kalau rindu...)

15. Misteri
Selalunya membuatkan banyak orang bertanya tanya atas apa maksud dari status orang tersebut. Mengudang tanda tanya dan ah! misterilah...
Contoh : " Sudahlah.. " , " Matilah..." " Termenung... " <-- Apa kes!?
Daisypath Happy Birthday tickers